Sunday, April 24

setelah sekian lamanya janji nak update, ayam tak update pon.

nah, ambik kau tajuk entry panjang panjang aku kasi!
assalamualaikum.

dulu lepas spm aku janji kononnya nak update blog selalu. malangnya janji diroti canaikan dan dicicah dalca. eh sedap pula. currently, aku sangat pemalas. er awat ayat mcm tak kena ja? see, tinggal sekolah dah berbulan ayat bm pun terabur dah. belum ayat omputih lagi. mau berputar kepala korang kalau aku buat ayat omputih. 

kehidupan aku lepas spm sangat boring huhu. orang lain gi travel sana sini. aku mereput di penjuru bilik sahaja. sangat boring sebenarnya life aku ni. serupa entry ni, boring jugak. so aku nasihatkan supaya angkat kaki awal awal dari blog saya. 

TAPI, hari ni aku rasa nak update pasal aku belajar memandu kereta manual. at least ada jugak perkara lain yang aku selain mereput. 

belajar kereta manual ni mula mula aku pikir, elehh kacang ja kereta ni. kalau auto pun aku boleh handle sendiri, manual mesti lebih kurang ja. sangat belagak. haha, on the first day aku handle kereta manual serious cakap, aku rasa macam nak telan balik apa yang aku cakap sobs T.T susahhhh weii. tak tipu. aku macam nak teriak tau dak belajar keta manual ni.

bayangkan dekat laluan Z aku ternaik atas batas banyak kali weh. cikgu memandu aku pulak tak habis habis menggeleng kepala. masa tu aku rasa macam nak stop driving dan biar bakal husband iolls sahaja yg jadi drebar iolls nanti ihiks. haha ayat ini serupa meminta tapak tangan sahaja. tapi lama lama aku practice, boleh jer sebenarnya. buat terox buleh. *bijik mata ketepi*

kau jangan pikir laluan Z tu paling susah. etceli, ada yang lebih susah tahapnya melebihi paras gunung mat cincang, langkawi. (kalau pakai gunung everest nampak over dan minta tapak kaki) bukit. yes yes bukit susah namateiiii. aku pernah try 5 kali berturut-turut dekat bukit, malangnya tidak berbau. 5 kali tu jugak lah keta aku undur kebelakang. malu tau! dah la ada crush iolls tengah practise bukit jugak time tu uhuks. kita mula2 eksyen lebih boleh buat bukit sebab nak tunjuk kat crush betapa terer nya saya buat bukit kohkohkoh. haa lepas tu padan muka, 5 kali tak lepas bukit. 

kalau nak cakap tragedi ngeri aku dengan bukit ni memang banyak la. keta tetiba mampus atas bukit, keta terundur(normal), ram minyak kuat kuat sampai cikgu menjerit "woi hang nak suruh keta rosak ka?!". eh banyak lah tak mampu aku nk story kisah tragis ni. meh sini aku nak kasi tau. kalau part bukit first thing u've to do is relax. jangan gelabah kalut tak tentu pasal sbb kalau kau kalut everything gonna be boom! bukan kereta meletup, keta terundur la. haha

bila aku try relax time bukit okay je. boleh buat punya bukit tu. jadi sekarang aku dah lepas ujian QTI dengan jayanya yeayy alhamdulillah. next level is JPJ test. mau terkincing jugak la bila pikir pasal JPJ sebab aku kan kereta manual + gelabah + mcm macam lagi benda lain yang buat aku takut kat jalan raya. doakan saya pass JPJ yer! *krikk krikk*

ok dah lah aku penat menaip nak sambung layan movie harry puttaq. sebenarnya semalam time kawan call aku, dia sebut pasal blog dia dan blog aku. masa tu baru aku teringat 'eh aku blog rupanya. lupa pulek' haha kasihan kau blog!

dah lah okie bubye. aku update tahun depan pulak (janji palsu).
assalamualaikum muax muaxx.