Saturday, July 11

lantaklah tajuk apa pun.

assalamualainawa'alaibadillahissolihin.
*fuh* *fuh* *tiup habuk* lama aku tak bukak blog.

 kata ustazah, nak masuk ke suatu tempat yang dah lama tidak dikunjungi kena bagi salam macam tu. its been a long hours aku tidak update. sebab tak tak rajin sebab malas sebab homework banyak berkepul-kepul sebab tak ada orang baca pun sebab ikut suka aku la sebab aku busy macam retis sekarang ni(nak otograp boleh je) sebab aku rasa lebih baik siapkan essay bm daripada buat entry blog sebab aku asyik layan insta twitter whatsapp dan pinggirkan blog bagaikan melukut di tepi gantang. kira jap berapa sebab aku taruk dalam pernyataan di atas. *krik krik* *takda sapa kira* blah bye.

sebelum aku sit for SPM Trial pada tarikh keramat yang telah ditetapkan iaitu 20 AUGUST 2015, meh la bagi aku ruang ciket nak update blog. sebelum tu, tenung tarikh trial tu. nak dekat dah kawan kawan. tapi buku tak reti nak baca lagi kawan kawan. addmaths di tahap kritikal lagi kawan kawan. physics dari dulu sampai sekrang masih biol lagi. biology pon nama nama tulang aku tak hapal lagi. tu baru nama tulang, tak sampai lagi nama nerves, hormones dan sistem dalam badan. mau tergeliat nervous system dan medulla oblongata iolls memproses cell cell agar berhubung dengan baik demi mempelajari semua tu uolls. this is the consequence when you only nganga and tidur dalam kelas. macam mana nak jadik dokter nih..

belum cerita pasal akaun. awal tahun 2015 aku memang fed up dengan akaun dan ia membuatkan aku give up. tau sebab apa. markah akaun iolls jatuh teruk masa exam 1. aku rasa macam down sangat tetapi berlagak macam cool je. daripada A markah aku turun sampai 70% iaitu A-. zaman 2015 ni 70% tu dah kira A-. terima kasih kepada KPM. cikgu akaun aku marah teruk sebab kelas dia takda sorang pun dapat A+ dalam akaun berbanding kelas sebelah. jadi setelah itu aku usaha sikit untuk upgrade markah akaun. jumpa cikgu, tanya dia soalan yang aku paling benci sekali iaitu realisasi dan penyata bank. alhamdulillah berkat tunjuk ajar cikgu I managed to get 88% utk akaun dalam mid year. kihkih :) dan rasa nak drop akaun tu kian terhakis. weeee :'D 

untuk addmaths aku usaha jugak. tengok video kat youtube. sangat membantu. kadang kadang sampai tertido aku tengok video addmaths tu. terlalu khusyuk mungkin? hehehe :'P exam first aku fail, dan aku tak kesah sama sekali sebab dah biasa fail sebelum ni. jadi dia rasa macam, "ouh okay addmaths fail hmmm ermmm *speechless*" last last aku tauk je kertas addmaths tu merata. dah fail buat apa nak simpan simpan. tapi bila mak aku tau aku fail addmaths dia naik angin. hmm pelik. aku yang exam tapi mak yang semangat lebih. macam dia yang nak ambik spm. jadi aku disuruh pergi tusyen addmaths cikgu ismail. start tusyen tu aku macam diajar buat banyak latihan. asal tusyen je latihan so aku macam dah terbiasa buat soalan addmaths and lama kelamaan dia rasa macam mudah sikit. SIKIT. betul lah ada pepatah English yang mengatakan "practices make perfect". 

untuk mid year exam baru ni alhamdulillah result aku okay. berkat study last minute dan soalan spots yang dibekalkan setiap malam sebelum exam melalui whatsapp. terima kasih kepada insan yang rajin menforward soalan spots tersebut, anda memang terbaik!

setakat itu sahaja aku nak ciao. bye assalamualaikum :D

adilah-azhar.blogspot.com
est 2011.



No comments:

Post a Comment